Semua mangsa banjir di Rompin dibenarkan pulang

Semua mangsa banjir melibatkan 319 orang daripada 90 keluarga di dua pusat pemindahan banjir di daerah Rompin dibenarkan pulang hari ini.

Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata mereka dibenarkan pulang ke rumah masing-masing jam 10.30 pagi setelah semua pusat pemindahan ditutup.

Katanya dua pusat pemindahan itu ialah Dewan Orang Ramai Teluk Gading yang menempatkan 211 orang daripada 63 keluarga dari Kampung Kurnia dan Kampung Sarang Tiung.

"Sebuah lagi pusat pemindahan yang ditutup ialah SK Pianggu yang menempatkan 108 orang daripada 27 keluarga dari Kampung Pianggu, Kasing dan Desa Wawasan Pianggu," katanya ketika dihubungi Bernama.

- Bernama

 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.