Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MB: S'gor batal projek kondo Batu Caves
Diterbitkan:  Jan 24, 2013 5:13 PM
Dikemaskini: 12:03 PM

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini mengumumkan keputusan membatalkan projek kondominium kontroversi Dolomite Park Avenue di Batu Caves.

Katanya, keputusan itu dibuat selepas mendengar penjelasan jabatan perancang bandar dan desa mengenai status pembinaan struktur dan bangunan berkenaan pada hari Selasa lalu.

"Selepas mendengar penjelasan itu, saya membuat keputusan supaya Majlis Perbandaran Selayang membatalkan kebenaran merancang yang telah diberikan kepada Dolomite Properties Sdn Bhd untuk pembinaan kondominium Dolomite Park Avenue setinggi 26 tingkat.

"Keputusan ini dibuat demi menjaga keselamatan orang ramai dan memelihara alam sekitar.

"Saya amat berharap keputusan ini diterima positif oleh semua pihak kerana ia melibatkan keselamatan orang ramai.

"Kerajaan Selangor tidak berkompromi dengan mana-mana projek pembangunan yang boleh mengancam keselamatan rakyat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kontroversi berhubung pembinaan kondominium itu timbul susulan bantahan daripada sekumpulan masyarakat India yang mahu projek tersebut dihentikan.

Manakala Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga sebelum ini turut berjanji akan membatalkan projek itu sekiranya BN berjaya merampas Selangor.

ADS