Peguam dakwa polis cuba tutup kes kematian Sugumar

Pihak polis telah dituduh cuba menutup kes kematian pengawal keselamatan Sugumar Chelliah, yang didakwa digari, berlumur dengan serbuk kunyit dan dipukul oleh empat anggota polis.

"Kami merujuk kepada dakwaan ketua polis Kajang bahawa polis tidak memukul C Sugumar hingga mti dan dia meninggal dunia akibat serangan jantung," kata peguam N Surendran dan Latheefa Koya, yang mewakili keluarga mangsa, dalam satu kenyataan pagi ini.

NONEMereka mendakwa kenyataan itu sebagai cubaan terang-terangan
oleh polis untuk menutup kes itu.

Menurut peguam berkenaan, saksi-saksi mendakwa melihat kejadian itu, tetapi polis tidak mengambil kenyataan mereka.

"Tiga saksi telah tampil memberi keterangan bahawa Sugumar telah dikejar oleh polis, digari, dipukul dan berlumur dengan kunyit.

"Bagaimana polis boleh mendakwa bahawa tidak ada unsur janayah, sedangkan mereka tidak telahpun merekodkan kenyataan ketiga-tiga saksi berkenaan?"

Semalam polis mengklasifikasikan kes Sugumar sebagai 'kematian mengejut' dan bedah siasat menunjukkan dia mengalami saluran jantung tersumbat dan tiada sebarang kecederaan lain.

Peguam berkenaan bagaimanapun bertegas bahawa mereka telah meneliti luka pada si mati "konsisten dengan berlakunya pergelutan".


[Baca berita penuh]

 

 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.