Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Angkatan Muda Keadilan (AMK) menganjur satu berhimpun di depan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam selepas solat Jumaat hari ini bagi menyerah memorandum meminta campurtangan Sultan Selangor dalam isu air yang melanda negeri itu.

NONE AMK mengadakan Perhimpunan itu  bagi memohon Sultan Sharafuddin Idris Shah campurtangan dan menggunakan kuasa yang diperuntukkan kepada baginda bagi membantu usaha kerajaan negeri mengambil alih Syarikat Bekalan Air NONE Selangor (SYABAS).

Perhimpunan yang bermula kira-kira jam 2.30 petang itu turut dihadiri oleh ADUN Sri Muda Suhaimi Shafiei serta Ketua AMK Selangor Azmizam Zamanhuri.

Selepas itu, kira-kira jam 2.45 petang kesemua peserta menaikki kenderaan ke Istana Kayangan bagi menyerahkan NONE memorandum.

Selain itu, ketika di Istana Kayangan, Suhaimi (kiri) diiringi Azmizam serta Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad (tengah) tiba diperkarangan istana kira-kira jam 3.19 petang dan menyerahkan memorandum tersebut.

NONE Memorandum diterima daripada wakil Sultan Selangor, Rohisham Ahmad (atas kanan) di pintu pagar istana.

Antara kandungan memorandum yang diserahkan kepada baginda ialah menuntut pengambilan SYABAS oleh kerajaan negeri serta penstrukturan semula industri perkhidmatan air di negeri itu.

Kandungan memorandum itu juga turut menyatakan persetujuan AMK tentang rancangan model holistik yang akan diguna kerajaan negeri dalam usaha memuktamad penstrukturan air di Selangor.

"Adapun model holistik yang dicadangkan ini sememangnya telah terbukti sebagai alternatif penyelesaian ke atas semua masalah pengurusan air secara komprehensif dan dapat menjamin pengurusan air yang mengutamakan tahap kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan di samping tidak membebankan rakyat sebagaimana telah dicapai di Melaka, Johor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan," memorandum itu dipetik.

Masalah kekurangan bekalan air telah melanda Lembah Klang sejak Disember tahun lalu. Antara tempat yang mengalami masalah tersebut ialah Ampang, Cheras dan Kampung Pandan.

Menurut SYABAS masalah itu berpunca daripada masalah kerosakan pam di rumah pam Wangsa Maju dan Pudu Hulu. Masalah air juga dijangka berlarutan sehingga Tahun Baru Cina.

Bagaimanapun SYABAS dalam kenyataan medianya sebelum ini berkata akan menyelesaikan masalah air secepat mungkin.

ADS