SPRM nafi bocor saringan calon PRU

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan menjadi sumber kebocoran keputusan saringan awal bakal calon pilihan raya.

Ia mengulas laporan akhbar Sinar Harian semalam, yang memetik sumber-sumber, bahawa dua menteri, seorang menteri besar dan seorang ketua menteri gagal dalam saringan SPRM.

Parti yang mereka wakili tidak dinyatakan tetapi dikatakan calon BN kerana Pakatan Rakyat enggan mengemukakan senarai calon mereka untuk disaring SPRM.

Berita Harian melaporkan bahawa SPRM menegaskan bahawa saringan mana-mana calon termasuk menteri besar, ketua menteri atau kepimpinan tertinggi parti-parti, tidak pernah didedahkan kepada sesiapa kecuali parti-parti yang meminta saringan tersebut dibuat.

Suruhanjaya itu juga menolak dakwaan keputusan saringan tersebut, dengan menyatakan bahawa proses itu masih berterusan, lapor akhbar tersebut.

SPRM menambah bahawa keputusan saringan itu tidak terikat di segi undang-undang dan terserah kepada parti-parti politik untuk memilih calon mereka berdasarkan hasil saringan tersebut.

[Baca berita penuh]

 

1. Dua menteri, MB dan KM dilapor gagal ujian SPRM

 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.