Dalam satu kenyataan bersama, peguam berkenaan, Latheefa Koya dan N Surendran berkata anggota keluarga berkenaan tetap berkeras supaya polis segera membuka siasatan kes pembunuhan.
Katanya, keputusan untuk mengadakan inkues tersebut “tidak masuk akal, mencurigakan, dan melanggar undang-undang” memandangkan kenyataan saksi memberi anggapan bahawa serangan dan pembunuhan berlaku.
"Kami dengan khusus menyatakan di sini bahawa keluarga C Sugumaran tidak akan mengambil bahagian dalam inkues palsu ini," kenyataan itu dipetik.
[Berita penuh menyusul]
