'Tiada jawapan' permohonan PSM sertai Pakatan

Mensasarkan berakhirnya pemerintahan BN di peringkat pusat, Parti Sosialis Malaysia (PSM) telah mengemukakan permohonan untuk menyertai Pakatan Rakyat pada tahun lepas, tetapi masih belum mendapat jawapan.

PSM secretary-general S Arutchelvan at bar council forum 2Setiausaha Agung PSM, S Arutchelvan (kanan) berkata parti itu telah
memaklumkan secara lisan kepada Pakatan mengenai keputusannya itu Jun lalu, dan disusuli dengan permohonan rasmi tiga bulan kemudiannya.

"Berdiri sebaris dengan Pakatan untuk melawan BN adalah pendirian kami sebelum ini. Tetapi disebabkan permintaan rakyat, kita memutuskan untuk menyertai mereka," katanya.

Bagaimanapun, Pakatan belum memberi jawapan, katanya dalam satu sidang akhbar hari ini, di mana parti itu mengumumkan manifestonya untuk pilihan raya umum akan datang.

Turut hadir ialah Presiden PSM, Nasir Hashim; Timbalan Presiden, M Sarasvathy dan Ahli Parlimen Sungai Siput, M Jeyakumar.

Dalam manifestonya, PSM dengan jejas menyatakan ia akan menyokong calon Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum.

[Baca berita penuh]
 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.