Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

DAP Selangor hari ini membidas Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berhubung paparan iklan 'Sayangi BN' dalam sistem pengangkutan komuter Lembah Klang dengan menegaskan "bukan semua pengguna mahu mendengar propaganda BN.

NONE ADUN DAP Subang Jaya Hannah Yeoh juga berkata beliau ada mendengar rungutan pengguna berhubung paparan iklan tersebut.

"KTM perlu segera mengeluarkan jumlah bayaran (yang dibuat oleh BN). Kalau beri kepada BN, sepatutnya diberi juga kepada parti lain.

"Kalau mengabaikan perkara ini (umum harga iklan), berhenti caj pengguna. Ini tidak adil sebab ini negara demokrasi.

"Rakyat beli tiket, bukan semua pengguna mahu mendengar propaganda BN," kata Hannah dalam sidang media di pejabatnya pagi ini.

NONE Awal bulan ini Malaysiakini melaporkan bahawa keretapi Komuter Lembah Klang telah bermain video iklan sepanjang kira-kira tiga minit itu menonjolkan visual pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersama kelompok masyarakat.

Iklan berkenaan turut menonjolkan logo BN dan slogan "Dikau menjamin harapan", "Yakini BN - Sayangi Selangor" dan "Sekian lama aman sejahtera".

Bagaimanapun KTMB pengerusi Datuk Mohamad Zin Mohamad, yang juga setiausaha BN Selangor, telah mendakwa bahawa ia adalah iklan berbayar.

Dalam sidang media itu juga, Hannah juga menjelaskan hasrat DAP untuk menyewa ruang iklan bagi kempen politik parti itu melalui sepucuk surat kepada Presiden KTMB Datuk Elias Kadir pada 4 Januari lalu.

NONE Surat tersebut antara lain memohon untuk mengadakan satu mesyuarat sebelum 14 Januari dengan Elias bagi membincangkan hasrat DAP itu termasuk mendapatkan sebut harga dan terma menyewa ruang iklan itu.

Bagaimanapun, Hannah berkata pihaknya tidak mendapat sebarang maklumbalas berhubung permintaan itu sekalipun surat - yang dihantar melalui serahan tangan - itu telah diterima oleh pejabat Elias pada 8 Januari lalu.

Hannah berkata pihaknya telah membuat susulan selepas tarikh itu, tetapi mendakwa pegawai pejabat Elias memberi jawapan "tidak menerimanya" dan meminta DAP Selangor menghantarnya semula melalui fax.

NONE Sedangkan, tegas Hannah yang juga bendahari DAP Selangor, surat tersebut telah diterima dan dicop penerimaannya oleh pejabat presiden KTM.

"Ini adalah satu penipuan terang-terangan," celah Setiausaha Organisasi DAP Selangor Lau Weng San yang turut hadir dalam sidang media itu.

"Kami masih nak tahu, BN bayar berapa iklan itu atau dapat percuma. Sama ada dibayar atau diberi percuma, parti politik lain perlu mendapat tawaran yang sama. KTM bukan milik BN," kata Hannah pula.

ADS