Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Rakyat M'sia anjur kempen 'Jom Balik Undi'
Diterbitkan:  Jan 31, 2013 2:34 PM
Dikemaskini: 7:20 AM

Rakyat Malaysia di luar negara melancarkan kempen untuk mengajak rakan senegara pulang mengundi dalam pilihan raya umum ke-13 untuk memastikan masa depan negara yang lebih cerah.

NONE Digelar kempen 'Jom Balik Undi (JBU)', penerajunya - William de Cruz

dan Adriene Leong - kedua-duanya tinggal di Australia, dalam satu kenyataan, menyifatkan pilihan raya umum akan datang sebagai kritikal untuk masa depan negara.

"Kemungkinan untuk satu jenama baru Malaysia semakin hampir berbanding sebelum ini. Setiap undi adalah penting."

"Kami rakyat Malaysia di luar negara mempunyai peranan untuk dimainkan dalam mempengaruhi keputusan pilihan raya umum ke-13.

NONE "Kami akan melakukan ini dengan memastikan seramai mungkin pengundi keluar mengundi di bumi Malaysia dan undi kami

sepenuhnya," kata kenyataan itu yang menggesa rakyat Malaysia di luar negara supaya pulang mengundi.

Dengan berbuat demikian, tambahnya, ia juga mengurangkan peluang untuk melakukan penipuan semasa pilihan raya.

Untuk tujuan itu, mereka telah menyediakan halaman facebook di www.facebook.com /JomBalikUndiMalaysia dan menghantar gambar ke [email protected].

[Baca berita penuh]

ADS