Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Perjuangan 8 tahun berbaloi bagi penduduk Rawang

Selepas lapan tahun hidup dalam kegelisahan, akhirnya penduduk di Rawang yang menentang projek kontroversi pemasangan kabel berkuasa tinggi, menerima berita baik daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Ahli Parlimen PKR Selayang, William Leong hari ini mengumumkan bahawa kerajaan negeri Selangor telah mencapai konsensus dengan TNB, yang bakal menyaksikan projek tersebut menggunakan laluan alternatif, bagi mengelakkan kampung mereka.

NONE Bercakap kepada media pagi ini, Leong berkata, laluan alternatif itu

dicadangkan dalam perbincangan di mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) semalam, dan kemudiannya dipersetujui kerajaan negeri.

Beliau berkata laluan alternatif akan diumumkan oleh TNB selepas syarikat berkaitan kerajaan itu memuktamadkan perkara-perkara teknikal.

Bagaimanapun, beliau berkata, laluan baru itu memenuhi tiga kriteria yang ditetapkan oleh kerajaan negeri. Ia adalah:

  • Projek itu tidak akan melalui Kg Sg Terentang atau lain-lain kawasan perumahan;
  • Ia tidak akan melalui mana-mana sekolah atau kilang; dan,
  • Ia tidak akan membahayakan kesihatan dan keselamatan penduduk.

[Baca berita Penuh]

ADS