Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pemuda MIC kesal k'jaan PP edar risalah tentang Kuil Murugan

Pemuda MIC Pulau Pinang hari ini kesal dengan tindakan kerajaan pakatan pembangkang yang mengelirukan rakyat dengan menyebarkan risalah yang didakwa berunsur fitnah mengenai pembinaan kuil semasa sambutan Thaipusam di George Town baru-baru ini.

    

Ketuanya J.Dhinagaran berkata risalah empat halaman itu bertajuk 'Kerajaan negeri pakatan rakyat berjaya siapkan pembinaan Kuil Murugan terbesar di luar negara India selepas gagal disiapkan 10 tahun sebelum ini'.

    

Katanya, risalah yang turut diterjemahkan ke dalam bahasa Tamil dan Inggeris itu memaparkan wajah Ketua Menteri Lim Guan Eng dengan barisan pemimpin DAP.

    

"Kerajaan negeri pakatan pembangkang itu tanpa segan dan malu mengakui kononnya mereka yang membina Kuil Sri Arulmigu Balathandayuthabani, sedangkan projek itu sebenarnya hasil usaha kerajaan Barisan Nasional (BN) terdahulu dengan kos sebanyak RM1.9 juta," katanya kepada pemberita di George Town.

    

Beliau berkata risalah itu turut menyalahkan kerajaan BN dalam isu perobohan kuil di Pelabuhan Pulau Pinang baru-baru ini.

    

Dhinagaran berkata dakwaan kerajaan negeri mengenai pembinaan kuil itu seolah-olah melupakan jasa bekas Ketua MIC Pulau Pinang, mendiang Datuk P.K Subayah yang bersusah payah merancang draf awal pembinaan kuil berkenaan pada tahun 2000 sebelum projek pembinaan dimulakan pada 2006.

    

"Mereka begitu terdesak dan mementingkan diri sendiri sehingga sanggup bermain politik murahan ketika sambutan perayaan keagamaan sebegini," katanya.

    

- Bernama

ADS