Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Polis klasifikasi kematian suri rumah sebagai cubaan bunuh
Diterbitkan:  Feb 1, 2013 10:35 PM
Dikemaskini: 2:49 PM

Polis Selangor hari ini menjelaskan bahawa siasatan ke atas kematian seorang suri rumah berusia 22 tahun yang didakwa ditembak dalam kereta oleh anggota polis pada 18 Januari lalu, masih berterusan dan kes itu telah diklasifikasikan sebagai cubaan membunuh.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Mohd Adnan Abdullah berkata polis telah mengklasifikasikan kes itu di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan untuk cubaan membunuh.

"Buat masa ini, pihak polis masih belum menerima laporan kimia dan laporan balistik.

"Sekiranya terdapat keterangan dan bukti untuk menuduh mana-mana pihak termasuk anggota polis yang melepaskan tindakan, pertuduhan akan dicadangkan.

"Semua pihak adalah tertakluk kepada undang-undang. Sebagai contoh dalam kes OKT (suspek) melarikan diri daripada tahanan polis di Klang, seorang anggota polis berpangkat koperal telahpun dituduh di mahkamah baru-baru ini," kata Mohd Adnan dalam satu kenyataan di laman Facebook polis Selangor.

Kesalahan bagi cubaan membunuh boleh dihukum penjara antara 10 hingga 20 tahun di bawah seksyen itu.

25 peluru ditembak

Semalam, pemandu lori Foo Voon Kong, 26, dilaporkan menuduh polis menembak isterinya  Pua Bee Chun, mengakibatkan dia mati dalam kereta yang sedang dinaikinya dengan seorang rakan lelaki.

Dua puluh lima peluru telah ditembak ke atas kereta tersebut dan satu daripadanya telah mengenai dada Pua dalam kejadian pada 18 Januari lalu.

[Baca berita penuh]

 

1. Suri rumah ditembak mati oleh polis, suami mahu keadilan

ADS