Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Isu filem Vishwaroopam: NGO mahu jumpa menteri

Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM) berharap Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein akan turut berjumpa mereka bagi membincangkan isu filem Tamil 'Vishwaroopam'.

Presidennya Amir Amsaa Alla Pitchay berkata adalah tidak adil jika menteri itu hanya bertemu dengan pengedar filem tersebut tetapi tidak dengan mereka yang membuat aduan.

Beliau mengulas kenyataan Hishammuddin yang dilapor berkata satu pertemuan akan diadakan dengan pengedar filem tersebut iaitu Lotus Five Stars Sdn Bhd minggu depan bagi membincangkan isu filem itu.

"Kami dan Majlis Madrasah India Muslim Malaysia yang menghantar memorandum bantahan mengenai filem itu kepada Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan pada minggu lalu apabila menyedari filem itu memaparkan orang Islam sebagai pengganas.

"Justeru kami tidak berpuas hati sekiranya kami tidak dipanggil untuk bertemu bagi membincang isu filem tersebut sedangkan kami juga patut dipanggil untuk berbincang," katanya ketika dihubungi Bernama di ibu negara hari ini.

Vishwaroopam merupakan filem arahan dan lakonan Kamal Hassan yang mula ditayang di seluruh negara bermula 24 Januari lalu, namun dihentikan pada hari kedua selepas mendapat arahan Kementerian Dalam Negeri kerana dikatakan menyentuh sensitiviti umat Islam.

-Bernama

ADS