Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ambrin dilantik semula sebagai ketua audit negara

Kerajaan hari ini mengumumkan pelantikan semula Tan Sri Ambrin Buang sebagai Ketua Audit Negara untuk tempoh dua tahun lagi mulai 23 Feb ini.

Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa dalam kenyataan hari ini berkata pelantikan itu adalah untuk tempoh sehingga 22 Feb 2015.

Beliau berkata pelantikan semula itu adalah berdasarkan Fasal (1) Perkara 105 Perlembagaan Persekutuan dan diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah atas nasihat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja.

Pelantikan semula itu adalah memandangkan perkhidmatan Ambrin sebagai Ketua Audit Negara masih diperlukan, katanya.

Ambrin dilantik sebagai Ketua Audit Negara untuk tempoh dua tahun mulai 23 Feb 2006 dan seterusnya perkhidmatan beliau disambung sehingga pelantikan semula yang baharu ini.

- Bernama

ADS