Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kalimah Allah: MTRK Machang buat laporan polis

Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) kawasan Machang membuat laporan polis berhubung isu penggunaan kalimah suci Allah dalam bible versi bahasa Melayu.   

Laporan polis itu dibuat oleh Pengerusi MTRK Machang Kamaruddin Ab Kadir di Balai Polis Machang di sini pada pukul 10 pagi, dengan diiringi kira-kira 50 anggota badan bukan kerajaan itu.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu, Kamaruddin berkata laporan itu dibuat bagi membolehkan polis menyiasat tujuan sebenar pihak tertentu, khasnya pemimpin DAP, yang mendesak kalimah suci itu digunakan dalam bible versi bahasa Melayu.

"MTRK kawasan Machang berasa terpanggil untuk membuat laporan itu setelah membaca laporan media tempatan bahawa tindakan pemimpin parti pembangkang itu boleh memecahbelahkan rakyat negara ini, khasnya di kalangan umat Islam," katanya.

Beliau berkata kenyataan pemimpin DAP yang terus menerus dengan pendirian untuk menggunakan kalimah Allah oleh agama lain, satu tindakan yang membelakangkan titah Sultan Selangor dan Raja Muda Perak yang tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh mana-mana agama lain, kerana kalimah suci itu adalah hak mutlak agama Islam.

Kamaruddin yang juga ketua penerangan MTRK peringkat negeri berkata pihaknya akan mengadakan program penjelajahan untuk menjelaskan kepada rakyat berhubung isu berkenaan.

Beliau juga mahu pemimpin tertinggi PAS iaitu Mursyidul Amnya,

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bertanggungjawab kerana didakwanya tidak berpendirian tegas berhubung isu itu.

- Bernama

ADS