Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bekas editor AWSJ Barry Wain meninggal dunia

Bekas editor dan koresponden Asian Wall Street Journal, Barry Wain, 69, meninggal dunia di sebuah hospital di Singapura pagi ini.

NONE Berita kematian itu dimaklumkan menerusi e-mail yang dihantar kepada koresponden asing berpangkalan di Singapura oleh presiden persatuan koresponden asing Singapura.

Wain, wartawan Australia yang tinggal di Asia selama hampir 40 tahun,

merupakan penulis tamu di Institut Pengajian Asia Tenggara sejak April 2005.

Beliau merupakan pengarang buku terlaris di pasaran, 'Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times', dan 'The Refused', yang berkisar tentang kebanjiran pelarian dari Indochina selepas Perang Vietnam.

Beliau meninggalkan isteri Yvonne Wain dan anak lelaki, David.  

    

- Bernama

ADS