Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Polis telah merekodkan keterangan seorang daripada 14 saksi yang dicari bagi membantu siasatan berhubung pelanggaran

syarat oleh penganjur perhimpunan di ibu negara 12 Januari lepas.

    

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata keterangan saksi lelaki berusia 41 tahun itu telah diambil pada Sabtu lepas (2 Februari) di Ibu Pejabat Polis Kulai Jaya, kira-kira pukul 3 petang.

    

“Bagaimanapun polis masih belum menerima sebarang maklum balas daripada 13 lagi saksi mahupun maklumat daripada orang ramai.

    

“Kita masih lagi berikan mereka peluang untuk serah diri...kita belum putuskan lagi sebarang tindakan yang akan diambil sekiranya mereka ini tidak tampil untuk membantu siasatan,” katanya dalam sidang media semalam.

    

Beliau berkata orang ramai diminta memberikan kerjasama untuk menyalurkan maklumat berkaitan saksi kepada polis atau ke balai polis berhampiran.

    

Penganjur perhimpunan tersebut didakwa telah melanggar syarat apabila kanak-kanak bawah umur 15 tahun turut dibawa dalam perhimpunan tersebut.  

    

Sebelum ini, gambar 14 saksi itu telah diedarkan melalui media dan laman facebook.

- Bernama

ADS