Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bekas IGP: Siasat ikut kes bunuh jika kematian mengejut

Bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan yang diminta memberi pandangan berhubung tindakan polis dalam kes kematian C Sugumar berkata, polis perlu membuka siasatan kes bunuh sekiranya melibatkan kes kematian mengejut.

Inkues pula hanya akan dijalankan sekiranya punca kematian tidak dapat dikenalpasti," kata Musa dalam satu sidang media di Petaling Jaya hari ini.

NONE "Jika mereka tidak pasti apa berlaku kepada si mati, perkara yang paling wajar dilakukan menurut prosedur adalah inkues.

"Ini kerana majistret akan mendapatkan bukti sama ada berlaku perbuatan khianat dan mencari pihak yang bertanggungjawab.

"Apabila tidak pasti, kita tak boleh terus tuding jari dan kata kes bunuh.

"Apabila kes kematian mengejut, siasatannya perlulah sama seperti kes bunuh,"

Beliau berkata demikian sewaktu ditanya mengenai langkah sewajarnya oleh polis dalam kes berkenaan, memandangkan anggota keluarga Sugumar mahu polis membuka siasatan kes pembunuhan.

Anggota keluarga berkenaan juga mengumumkan untuk tidak menyertai inkues untuk mengenalpasti punca kematian lelaki tersebut.

Katanya, keputusan untuk mengadakan inkues tersebut “tidak masuk akal, mencurigakan, dan melanggar undang-undang” memandangkan kenyataan saksi memberi anggapan bahawa serangan dan pembunuhan berlaku.

Anggota keluarga itu turut menolak laporan bedah siasat awal, yang menyebut Sugumar meninggal dunia akibat serangan jantung, dan menuntut bedah siasat kedua diadakan.

ADS