Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MyWatch dakwa polis beri statistik jenayah berbeza

NGO Pasukan Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch) menggesa polis menjelaskan statistik jenayah tahun 2011 yang dikeluarkan pasukan tersebut kerana didakwa berbeza dengan kenyataan pengarah jabatan siasatan jenayah Datuk Seri Mohd Bakri Zinin.

NONE Pengerusi MyWatch R Sri Sanjeevan mendakwa statistik rasmi indeks jenayah Polis Di Raja Malaysia (PDRM) bagi kes curi dan pecah rumah bagi tempoh Januari hingga Oktober tahun itu menunjukan terdapat 30,200 kes.

Namun, dokumen yang didakwa ditandatangani Mohd Bakri pula menyatakan statistik kes berkenaan untuk tempoh sama adalah sebanyak 43,792 kes.

Dakwanya, dokumen berkenaan turut diedarkan antaranya kepada ketua polis Perlis, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka.

"Saya menggesa Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar menjelaskan perkara ini kepada orang ramai," kata Sanjeevan pada sidang media di Petaling Jaya pagi tadi.

NONE Menurutnya lagi, dokumen yang sama menyatakan terdapat 17,782 kes ragut dan samun senjata api bagi tempoh berkenaan sedangkan indeks jenayah yang diterbitkan PDRM pula hanya merekodkan sebanyak 7,324 kes - dengan perbezaan sebanyak 10,558 kes.

Bekas ketua polis negara, Tan Sri Musa Hassan yang bertindak sebagai penasihat bagi MyWatch menggesa polis menjawab dan memberi penjelasan berhubung dakwaan Sanjeevan.

"Maklum balas yang perlu mereka berikan sekarang adalah sama ada dakwaan Sanjeevan ini benar atau tidak.

"Jika benar, perbetulkan (statistik yang salah). Jika salah, nafikan kenyataan beliau," katanya yang turut hadir pada sidang media itu.

ADS