Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Peguam: K'jaan benar Pornthip periksa mayat Sugumar

Peguam kepada keluarga mendiang C Sugumar berkata Kementerian Kesihatan secara dasarnya bersetuju untuk mengeluarkan surat kebenaran kepada ahli patologi Thailand Dr Pornthip Rojanasunand bagi menjalankan bedah siasat kedua ke atas mayat pengawal keselamatan tersebut.

Peguam tersebut, Latheefa Koya berkata perkara itu merupakan hasil perbincangan bersama Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Datuk Dr Mohd Azhar Yahaya dan Pengarah Perkembangan Perubatan Dr Azmi Shapie di bangunan kementerian tersebut di Putrajaya hari ini.

NONE "Jadi tadi kita berbincang dan bagitau apa yang kita mahu iaitu kebenaran daripada kementerian untuk benarkan Dr Pornthip buat bedah siasat kedua dan sediakan peralatan pembedahan. Secara lisannya mereka bersetuju," katanya.

Anggota keluarga berkenaan kemudiannya menerima surat daripada kementerian berkenaan, lewat petang ini, yang antara lainnya menetapkan syarat kepada Pornthip untuk memohon terlebih dahulu dengan Majlis Perubatan Malaysia.

Permit sementara untuk mengamal perubatan itu, menurut surat berkenaan, bagi membolehkan pengamal perubatan bukan warganegara Malaysia menjalankan bedah siasat kedua seperti yang dituntut keluarga mendiang.

A Kuppusamy holding letter Mengulas perkembangan terbaru itu, Latheefa berkata mereka akan memaklumkan syarat tersebut kepada Pornthip untuk membolehkan bedah siasatan berkenaan dijalankan secepat mungkin.

"Kita akan maklumkan secepat mungkin bagi Ponthip melakukan bedah siasat," katanya ketika ditemui pemberita.

Latheefa bersama kira-kira lebih 20 orang anggota keluarga Sugumar dan para penyokong sebelum itu berhimpun dan menduduki kawasan perkarangan bangunan berkenaan selama lebih tiga jam untuk berunding bagi mendapatkan kebenaran tersebut.

Kekecohan kecil turut berlaku apabila kumpulan berkenaan dihalang daripada memasuki kawasan bangunan tersebut.

Kumpulan berkenaan bagaimanapun ditenangkan apabila wakil mereka dibenar untuk bertemu pegawai kementerian.

ADS