Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ancam bakar loji Lynas, polis akan panggil Wong Tack

Polis akan memanggil pengerusi Himpunan Hijau Wong Tack tidak lama lagi untuk membantu siasatan berhubung ancaman untuk membakar loji nadir bumi Lynas Corp di Gebeng.

    

NONE Ketua Polis Pahang Datuk Sharifuddin Ab Ghani berkata polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba mencetuskan kekacauan dan tindakan akan diambil terhadap mereka yang turut terbabit.

    

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan Malaysian Insider, baru-baru ini yang memetik Wong sebagai berkata bahawa mereka (Himpunan Hijau) akan membakar kilang berkenaan sekiranya kerajaan yang baru dipilih tidak menutupnya selepas pilihan raya umum 2013.

    

"Negara kita ada undang-undang, jadi jangan bertindak melulu tanpa berfikir. Memberi ancaman ini seolah-olah memberi ugutan dan ia salah di sisi undang-undang," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Op Selamat II peringkat kontinjen Pahang sempena Tahun Baharu Cina di Kuantan semalam.

    

Kelmarin, Pengerusi MCA Bahagian Bentong Datuk Hoh Khai Mun mencabar  pembangkang menyatakan pendirian mereka mengenai ancaman itu sekiranya Barisan Nasional (BN) tidak menutup loji itu apabila terus berkuasa selepas pilihan raya umum akan datang.   

 

- Bernama

ADS