Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Balik kampung' dengan 'Ubahmobiles'
Diterbitkan:  Feb 7, 2013 8:20 AM
Dikemaskini: 3:41 AM

Penyokong DAP yang tidak mampu membeli kereta baru untuk menyambut Tahun Baru Cina boleh memberi wajah baru kepada kenderaan mereka sambil membantu mempromosi parti itu di kampung halaman masing-masing.

dap car sticker campaign 060213 Mereka digesa memuat turun pelekat kereta parti itu untuk

mengubah kenderaan mereka kepada 'Ubahmobiles' sebelum memandu pulang untuk cuti minggu depan.

Kempen kereta pelekat berdasarkan maskot Ubah parti itu, seekor burung enggang comel yang digunakan parti itu sejak tahun 2011.

Ketua publisiti DAP Tony Pua berkata musim cuti ini merupakan peluang terbaik bagi para penyokong untuk membawa mesej parti ke kampung halaman mereka di kawasan luar bandar.

Menyebarkan mesej Ubah

Selain pelekat kereta, beliau berkata para penyokong juga boleh memuat turun bahan kempen seperti risalah dan klip video yang boleh membantu mereka "mengubah" penduduk luar bandar.

"Jadi, apabila anda mengunjungi kawan-kawan dan keluarga anda sempena sambutan Tahun Baru Cina, anda boleh bercakap tentang Ubah'," kata Pua.

Pua berkata bahawa undi dari pengundi luar bandar untuk DAP dan Pakatan Rakyat adalah penting dan gabungan itu bergantung kepada para penyokongnya untuk membantu menyebarkan bahan-bahan parti.

[Baca berita penuh]

ADS