MP dakwa Psy minta RM1.5 juta

Menurut seorang ahli Parlimen pembangkang yang rapat dengan industri perniagaan Korea Selatan, artis sensasi negara itu, Psy telah menawarkan 'bayaran tetap' AS$500,000 (atau RM1.5 juta) untuk membuat persembahan lagu hitnya 'Oppa Gangnam Style' di majlis hari terbuka Tahun Baru Cina BN di Pulau Pinang.

dap congress 161212 jeff ooiWalaupun Psy sebelum ini telah mengumumkan dia tidak akan lagi mempersembahkan lagi itu, tetapi ia adalah salah satu syarat BN dalam perjanjian membabitkan bayaran RM1.5 juta itu, dakwa Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi dari DAP.

Ooi (kiri) memberitahu akhbar Sin Chew Daily bahawa sumber-
sumbernya mendedahkan kepadanya bahawa di bawah perjanjian tersebut, Psy akan mempersembahkan paling banyak tiga lagu, termasuk lagu 'Oppa Gangnam Style'.

Akhbar  berbahasa Cina itu melaporkan bahawa Ooi rapat dengan syarikat telekomunikasi Korea Selatan untuk syarikat, Hospital pembedahan plastik dan industri perniagaan yang lain.

Syarikat Korea yang bertanggungjawab menguruskan persembahan Psy ialah YG Entertainment yang berpejabat di Seoul, yang diasaskan oleh Yang Hyun-suk, kata Ooi.

[Baca berita Penuh]
 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.