Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar menegaskan bahawa pasukannya tiada halangan untuk membenarkan keluarga C Sugumar, menjalankan bedah siasat kedua ke atas mayat mendiang.

Namun, keluarga berkenaan perlu memohon kepada pihak hospital kerana pasukannya tidak boleh mengarahkan hospital untuk menjalankan bedah siasat kedua itu, katanya.

NONE "Saya tak boleh beritahu pihak hospital (untuk jalankan bedah siasat).

"Kita dah beritahu keluarga Sugumar. Kita tak ada halangan. Jadi minta pada pihak hospitallah. Kita dah setuju.

"Saya tak ada halangan. Surat pun dah beri pada keluarga," katanya ketika ditanya dalam sidang media selepas sambutan Maulidur Rasul di Bukit Aman petang ini.

Beliau mengulas dakwaan naib presiden PKR N Surendran yang mendakwa mendakwa Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) enggan melakukan bedah siasat kerana tiada arahan bertulis dari pihak polis untuk berbuat demikian.

Surendran juga mendakwa menteri kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai cuba mensabotaj usaha menjalankan bedah siasat berkenaan.

NONE Beliau mendakwa demikian berdasarkan alasan yang diberikan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sebelum ini yang enggan melakukan bedah siasat kerana tiada arahan bertulis dari pihak polis untuk berbuat demikian.

Surendran berkata, tidak ada keperluan undang-undang bahawa mesti ada arahan polis (yang diberikan) kepada pihak hospital sebelum bedah siasat kedua boleh dilakukan.

Anggota keluarga berkenaan semalam menerima surat daripada kementerian berkenaan, yang antara lainnya menetapkan syarat kepada ahli patologi Thailand Dr Pornthip Rojanasunand untuk memohon permit dengan Majlis Perubatan Malaysia.

Permit sementara untuk mengamal perubatan itu, menurut surat berkenaan, bagi membolehkan pengamal perubatan bukan warganegara Malaysia menjalankan bedah siasat kedua seperti yang dituntut keluarga mendiang.

ADS