Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar mencabar Menteri Wilayah dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin untuk berdebat pada 24 Februari ini berhubung dakwaan menteri itu sebelum ini yang mengatakan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu lebih suka mengkritik berbanding berkhidmat untuk rakyat.

NONE "Saya pun mahu tahu lebih lanjut secara terperinci apakah kritikan yang telah saya lakukan sehingga dia rasa tidak puas hati.

"Pada saya, yang terbaik adalah supaya beliau dapat bersama saya berdebat khas bersama penduduk Lembah Pantai untuk mereka mendengar sendiri tawaran dan kritikan secara bersama oleh kedua dua parti.

"Yang amat mengecewakan bila seluruh jentera media arus perdana memberikan liputan khas buat menteri wilayah tetapi tidak beri ruang liputan kepada aktiviti parlimen pembangkang yang menang 10 daripada 11 kerusi di Wilayah Persekutuan," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR petang ini.

Semalam, Raja Nong Chik berkata, mengulas prestasi yang ditunjukkan ahli Parlimen Lembah Pantai itu, beliau merasakan Nurul Izzah lebih suka mengkritik serta tidak menyelesaikan beberapa isu di kawasan berkenaan.

NONE Sehubungan itu, Nurul Izzah berkata lagi, beliau juga mengharapkan agar suasana politik di negara ini akan menjadi lebih sihat dengan memberikan ruang sama rata untuk bersuara.

"Pada saya bila padang sama rata, wujud suasana untuk debat, Insya-Allah kita boleh atasi dan sasarkan isu-isu tertentu yang memberi manfaat kepada masyarakat Lembah Pantai untuk memilih dengan baik.

"Lebih baik kita adakan debat tersebut kerana saya pasti beliau tak sabar untuk bersama-sama untuk debat bersama saya.

"Kita kalau mahu suasana yang lebih sihat, perlu politik baru yang boleh beri ruang kepada semua untuk bersuara apatah lagi ahli parlimen yg dipilih pada pilihan raya yang lepas," katanya lagi.

 

1. Raja Nong Chik yakin skandal NFC tak jejas peluangnya

ADS