Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan bahawa kenyataan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin bersikap perkauman apabila menyifatkan seruan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng supaya orang ramai memakai baju berwarna merah, hijau dan kuning pada sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang  pada 11 Februari ini sebagai kerja bodoh.

    

Beliau berkata majlis itu diadakan semata-mata untuk meraikan perayaan yang sangat bermakna kepada kaum Cina di negara ini.

"Mengapa majlis yang bertujuan baik hendak dicemar dengan unsur-unsur politik yang tidak ada kena-mengena dengan majlis berkenaan, kalau dia (pembangkang) hendak buat majlis, buatlah, kita tidak halang, kenapa nak turunkan poster 1Malaysia dan gambar saya, itu perayaan Tahun Baharu Cina,"

katanya.

Lim dalam kenyataannya hari ini berkata beliau kesal dengan kenyataan Muhyiddin yang beliau "bodoh" dan disifatkan sebagai "perkauman" apabila menggesa orang ramai memakai baju dalam tiga warna itu pada majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina BN di Pulau Pinang.

    

Majlis sambutan yang dijangka menarik 60,000 orang dengan kehadiran bintang penyanyi sensasi K-pop, Psy turut mendapat kritikan pembangkang atas undangan penyanyi yang terkenal dengan lagu "Oppa Gangnam Style".

"Dia kata ubah DAP style, dia tiru Gangnam Style, walhal dia nak jemput Psy untuk satu majlis atas nama pakatan rakyat tetapi apabila Psy hadir majlis kita, rosak program dia lah, itu cerita sebenarnya, dia tak dapat, dia kutuk," kata Najib.

    

- Bernama

 

1. LGE:TPM sebut perkatan bodoh terhadapnya adalah rasis

ADS