Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Anggota parlimen Kangar, Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad bersedia menjadi calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 ini jika dikehendaki pucuk pimpinan parti.

    

Katanya, beliau menerima apa sahaja keputusan pucuk pimpinan sama ada untuk memberi mandat sebagai calon atau sebaliknya kerana apa yang lebih penting BN perlu menang pada pilihan raya umum.

    

"Jika diberi kepercayaan untuk bertanding sama ada kerusi parlimen atau dewan undangan negeri, saya bersedia... dan jika tidak dicalonkan, saya tetap melaksanakan amanah sebagai pengarah pilihan raya BN parlimen Kangar," katanya.

Bercakap kepada Bernama hari ini, Mohd Radzi berkata, tanggungjawabnya adalah memastikan setiap calon BN terutama di kawasan parlimen Kangar akan menang pada pilihan raya umum.  

    

NONE Mohd Radzi ( kanan dalam gambar ), 71, anak kepada menteri besar Perlis yang pertama selepas merdeka, allahyarham Tan Sri Sheikh Ahmad Mohd Hashim, berkata faktor umur bukan penghalang untuk seseorang itu menjadi calon kerana yang penting ialah sihat tubuh badan dan mampu berkhidmat kepada rakyat.  

- Bernama

ADS