Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
BERSIH gesa SRP gugur sebuah NGO Sabah jadi pemerhati
Diterbitkan:  Feb 9, 2013 3:49 PM
Dikemaskini: Feb 11, 2013 2:03 AM

BERSIH Sabah mahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menggugurkan sebuah NGO di negeri itu sebagai pemerhati pilihan raya kerana ia didapati berkempen untuk BN baru-baru ini.

NONE "Pemerhati Pilihan Raya tidak harus berkempen untuk mana-mana parti politik. Mereka mesti bebas.

"Berkempen politik seharusnya dibiarkan kepada parati dan

bukan pemerhati pilihan raya," kata jurucakap BERSIH Sabah, Andrew Ambrose (kiri) yang bendakwa  Persekutuan Persatuan Cina Sabah (FCAS) menjalankan kempen politik secara terbuka.

Pemangku Presiden FCAS, TC Goh menyeru masyarakat Cina supaya terus menyokong kerajaan BN negeri di bawah kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Musa Aman.

NONE Menurut laporan muka depan akhbar The New Sabah Times pada

"It is only hari Khamis, Goh dalam mesej Tahun Baru Cina, memuji ketua menteri.

Dalam satu kenyataan semalam, Ambrose berkata FCAS sepatutnya berfungsi sebagai sebuah badan bebas untuk menilai perjalanan proses pilihan raya berdasarkan undang-undang negara dan piawaian antarabangsa.

[Baca berita penuh]

ADS