Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Mayat Penerbit Berita Inggeris portal berita Al-Jazeera, mendiang Claudia Theophilus yang sepatutnya tiba ke tanah air 3 petang tadi, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada  9.40 malam ini.

    

Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno, Datuk Muhd Khairun Aseh berkata mayat mendiang dibawa dengan pesawat EK342 Emirates Airlines dari Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai.

    

Katanya, mayat mendiang akan dibawa ke kediamannya di Taman Desa Kepayang, Seremban untuk penghormatan terakhir sebelum dibawa ke Gereja Visitation, Seremban pada jam 10 pagi, Isnin ini sebelum disemadikan.

    

Claudia, 42, yang bertugas dengan rangkaian berita antarabangsa berpangkalan di Doha, Qatar, terbunuh Sabtu lepas, akibat terkena tembakan secara tidak sengaja di Lubnan, ketika bercuti bersama dua rakannya di pergunungan Baakleen.

Mendiang pernah bekerja dengan akhbar The Sun dan portal berita M alaysiakini .

- Bernama

ADS