T'ganu wajibkan daftar penternak ikan laga

Semua penternak ikan hiasan di Terengganu akan didaftarkan mulai tahun ini bagi tujuan memudahkan kerajaan menyalurkan bantuan untuk memajukan industri tersebut.

Pengarah Jabatan Perikanan Negeri, Abdul Khalil Abdul Karim berkata industri ternakan ikan hiasan mempunyai potensi untuk dimajukan sebagai sumber ekonomi yang lumayan khusus kepada penternak tempatan.

"Industri ini sedang berkembang pesat di negeri-negeri lain dan kita bercadang menjadikan negeri Terengganu sebagai pengeluar ikan hiasan berkualiti tinggi," katanya kepada Bernama di Kuala Terengganu hari ini.

Beliau berkata tahun lepas, kerajaan negeri telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM200,000 kepada Jabatan Perikanan bagi membangunkan industri ikan hiasan di negeri itu.

Katanya bantuan itu telah dimanfaatkan oleh penternak dengan pembinaan premis dan bantuan imput kepada lebih 20 pengusaha baharu di seluruh Terengganu.

Abdul Khalil berkata orang ramai digalak menceburi industri itu dengan tumpuan diberikan kepada pengeluaran ikan 'Betta' atau lebih dikenali sebagai ikan 'Laga' dan 'Guppy' yang bermutu tinggi.

- Bernama
 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.