Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Kerajaan Negeri Kedah meminta kerajaan persekutuan membayar pampasan sebanyak RM100 juta sekiranya mahu penebangan balak di negeri itu tidak dilakukan.

Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata pampasan itu sebenarnya pernah dijanjikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad semasa beliau menjadi perdana menteri, namun tidak pernah ditunaikan hingga kini.

"Kalau bising sangat (mengenai penebangan balak), bayar kami RM100 juta...hutan hak Kedah...lagipun tak tebang kawasan tadahan air, kawasan hutan simpan saja tebang," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di Wisma Darul Aman Alor Setar hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata perjanjian oleh Dr Mahathir itu hanya dibuat secara lisan manakala Menteri Besar Kedah sebelum ini tidak pernah menuntut janji berkenaan.

-Bernama

ADS