Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak sekali lagi menegaskan bahawa Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah tidak akan dibubar selagi perdana menteri tidak membubarkan Dewan Rakyat.

azlan "Saya takkan bubar, saya ada strategi. Saya tunggu isyarat pusat, tak boleh sesuka hati bubar," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di Wisma Darul Aman Alor Setar hari ini.

Menurutnya lagi, manifesto pilihan raya umum kerajaan negeri sudah siap.

Sementara itu, Azizan memberitahu tempoh lantikan Exco sedia ada akan berakhir 28 Februari ini.

Berikutan itu, katanya, upacara angkat sumpah dijangka diadakan pada 24 Februari ini, mengikut kelapangan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah.

- Bernama

ADS