Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Beberapa jalan sekitar Bkt Bintang ditutup esok
Diterbitkan:  Feb 15, 2013 12:17 PM
Dikemaskini: 4:18 AM

Beberapa jalan sekitar Bukit Bintang akan ditutup secara berperingkat bagi memastikan kelancaran Karnival Tahun Baru Cina di pusat membeli-belah Pavillion, esok.

    

Ketua Trafik Kuala Lumpur ACP Rusli Mohd Noor berkata jalan terbabit akan ditutup mulai 12.01 malam dan dibuka semula pada 6 petang.

    

Beliau berkata lokasi yang terlibat ialah persimpangan Jalan Raja Chulan/Jalan Bukit Bintang, persimpangan Jalan Imbi/Jalan Bukit Bintang, persimpangan Jalan Yap Thai Chi/Jalan Bukit Bintang dan persimpangan Jalan Gading/Jalan Bukit Bintang.

    

"Orang ramai boleh menggunakan laluan alternatif ke premis sekitar Jalan Bukit Bintang melalui Jalan Imbi, Jalan Yap Tai Chi, Jalan Gading, Jalan Walter Grenier dan Lorong Walter Grenier," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Rusli turut menasihatkan pengguna agar merancang perjalanan dan menggunakan jalan alternatif serta seboleh-bolehnya mengelak melalui jalan yang terlibat dengan penutupan atau pelencongan.

    

"Gunakan perkhidmatan pengangkutan awam, sentiasa mematuhi peraturan lalulintas serta arahan anggota polis yang bertugas, dan dilarang meletak kenderaan di jalan yang terlibat dengan acara," katanya.

    

- Bernama

ADS