Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Sarawak kesal dengan tindakan pembangkang mempolitik dan memperbesarkan isu Makam Pahlawan Sarawak, di Jalan Taman Budaya, di Kuching.

Pengarah JHEV Sarawak, Leftenan Kolonel Monday Juhid berkata makam Pahlawan Sarawak seharusnya tidak menjadi modal politik demi meraih undi.

"Pihak pembangkang sengaja memperbesar-besarkan isu Makam Pahlawan demi agenda politik, sedangkan ketika usaha untuk membawa balik anggota tentera Sarawak yang gugur di perbatasan dahulu kumpulan ini sunyi sepi dan tidak pernah menyumbangkan sebarang tenaga.

"Tindakan menyeret nama baik pahlawan-pahlawan negara dan memutar-belitkan fakta demi populariti di peti undi bukanlah perkara baharu kerana motif utama golongan ini ialah untuk menipu rakyat kononnya kerajaan mengabaikan serta tidak menghargai jasa serta pengorbanan para perwira kemerdekaan Malaysia," katanya di Kuching.

Monday berkata makam berkenaan dibina khas untuk memberi penghormatan negara kepada 21 perwira berasal dari Sarawak yang gugur tetapi disemadikan tanpa penghormatan sewajarnya.

Para pejuang negara ini terkorban semasa bertugas dalam pasukan tentera British pada zaman Darurat Malaya (1948-1960), yang diisytiharkan untuk menentang gerila komunis, di beberapa negeri, ketika itu, Semenanjung Tanah Melayu dan Singapura.

Menurutnya ketika ini, Makam Pahlawan itu menempatkan 21 sisa rangka yang digali semula dari kubur asal di Alor Setar, Kedah (satu); Batu Gajah, Perak (dua); Kamunting, Perak (empat); Cheras, Kuala Lumpur (empat); Terendak, Melaka (lapan) dan Kranji, Singapura (dua).

- Bernama

ADS