Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan Utusan Malaysia menyiarkan permohonan maaf terbuka kepada MP Indera Mahkota Azan Ismail berhubung satu tulisan fitnah yang mendakwa ahli politik itu meletak jawatan daripada kesemua jawatan dalam PKR dan meninggalkan parti tersebut.

NONE Kedua-dua pihak berkenaan mencapai persetujuan itu di hadapan Hakim Datuk Hue Siew Kheng dalam satu kes saman fitnah yang difailkan MP PKR tersebut.

Azan ketika ditemui berkata mahkamah memerintahkan Utusan Melayu (M) Bhd, yang merupakan penerbit Utusan Malaysiam membayar gantirugi kepadanya.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah berkenaan.

"Mahkamah memerintahkan akhbar tersebut menerbitkan permohonan maaf dan menyiarkan semula tulisan yang diperbetulkan, kedua-duanya dalam tempoh tujuh hari," katanya.

Azan diwakili peguam A Vasudevan manakala TKB Mohana Kumar mewakili akhbar berbahasa Melayu tersebut.

Azan berkata beliau akan menarik balik saman tersebut selepas Utusan menyiarkan permohonan maaf dan tulisan yang diperbetulkan itu.

[Baca berita penuh]

ADS