Nazri: Sokong parti boleh pertahan budaya minoriti

Bernama        

Rakyat harus memberi sokongan kepada parti yang boleh menjamin kebebasan kaum minoriti mengamalkan budaya dan adat resam masing-masing tanpa halangan atau sekatan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz.

Katanya, ini kerana penduduk kaum Cina dan India mengadu kebebasan untuk mengamalkan budaya dan tradisi mereka disekat di negeri-negeri yang diperintah oleh pembangkang.

    

"Justeru, dalam pilihan raya umum ini, rakyat perlu memilih pemimpin yang dapat memberi bantuan dan sokongan kepada rakyat  tanpa mengira kaum dan agama," katanya di majlis makan malam Amal 1Malaysia sempena Sambutan Tahun Baru Cina anjuran Tokong Buddha Yuen Long di Kepong di ibunegara malam tadi.

Lebih 4,000 penduduk pelbagai kaum hadir memeriahkan majlis itu termasuk Presiden Gerakan Tan Sri Koh Tsu Koon serta Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan.

- Bernama

 

Malaysiakini
terkini untuk anda

Sign In