Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
S'jaya Tenaga: TNB pemaju projek loji tenaga di Prai

Suruhanjaya Tenaga mengesahkan Tenaga Nasional Bhd (TNB) ialah pemaju atau pemilik projek TNB di Prai, Pulau Pinang.

    

Suruhanjaya itu dalam satu kenyataan berkata kontraktor Engineering, Procurement and Construction (EPC) bukanlah pemaju atau pemilik projek loji tenaga tersebut.

    

"TNB masih lagi membangunkan projek ini secara bersendirian dan memiliki 100 peratus ekuiti.

    

"Struktur pelaksanaan projek dengan pemaju atau pemilik projek memenangi tender dan menganugerahi kontrak EPC kepada syarikat pembekal, pembuat dan pemasangan loji jana kuasa, merupakan struktur yang lazim digunakan untuk semua projek jana kuasa mega di seluruh dunia," katanya.

    

Kesemua pembida yang layak diperingkat awal akan bekerjasama dengan mana-mana kontraktor EPC yang dipilihnya untuk menawarkan bidaan masing-masing, dan ketetapan daripada Suruhanjaya adalah dari segi keupayaan dan pengalaman EPC untuk memastikan projek memenuhi kriteria teknikal yang ditetapkan.

    

Bagi projek di Prai itu, TNB telah memenangi tender dengan menawarkan harga tarif Perjanjian Pembelian Tenaga yang paling rendah berdasarkan penilaian yang sama rata mengikut kriteria yang ditetapkan.

    

- Bernama

ADS