Tengku Adnan: Umno akan calonkan ulama, orang muda

Setiausaha agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Umno akan memberi peluang kepada golongan muda termasuk ulama sebagai calon dalam pilihan raya umum akan datang.

Umno akan memberi peluang tersebut sekiranya ia merupakan kehendak rakyat, katanya sepeti dilaporkan akhbar Sinar Harian hari ini.

"Calon bukan apa uanmg Umno atau presiden (Datuk Seri Najib Razak) mahukan. Rakyat yang mehu mereka menjadi wakil mereka, maka kita beri peluang.

"Itu yang akan parti pilih. Ia termasuklah ulama, imam atau warga vetera selagi rakyat merasakan inilah calon terbaik sebagai wakil rakyat," katanya seperti dipetik akhbar tersebut.

Antara pemimpin ulama yang sering diketengahkan dalam program anjuran Umno sebelum ini ialah pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda parti itu, Fathul Bari Mat Jahaya.

Kenyataan Tengku Adnan itu juga timbul susulan pengakuan Mufti Perlis Dr Juanda Jaya yang berkata beliau "memang sedang serius menimbang" untuk bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 yang akan datang.

Lulusan syariah Universiti Al-Azhar, Mesir itu turut mengesahkan telah mendapat tawaran dari banyak pihak untuk bertanding dalam pilihan raya tersebut.
 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.