Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
KiniBiz temui pembaca hari ini!
Diterbitkan:  Feb 19, 2013 2:52 PM
Dikemaskini: 1:27 PM

KiniBiz - portal berita niaga bebas pertama di Malaysia - menemui pembaca hari ini dan orang ramai boleh mengaksesnya secara percuma sepanjang tempoh percubaan mulai hari ini.

NONE Satu usahasama Malaysiakini dengan editor berita niaga terkenal, P

Gunasegaram (kanan), portal ini menjanjikan penyajian berita perniagaan yang benar-benar penting dan perlu dibaca.

Ia dilancarkan hari ini dengan berita utamanya yang mempersoalkan penilaian cadangan Malaysian Resources Corp  Bhd (MRCB) mengambil alih Nusa Gapurna Development Sdn Bhd, yang dilihat secara sskeptical oleh beberapa penganalisa, diikuti temubual dengan bos baru MRCB Mohamad Salim Fateh Din selepas itu.

"Kami berhasrat untuk mengisi permintaan pasaran bagi portal berita niaga yang berani, bebas, adil, bermaklumat dan berwawasan, dalam format yang mudah diakses dan digunakan," kata Gunasegaram, yang merupakan penerbit dan editor KiniBiz.

"Kami akan mendedahkan berita penting, menampil rencana, isu-isu,  komen dan ulasan tanpa rasa takut."

Lamanweb ini akan memperjuangkan tadbir urus korporat yang baik, akauntabiliti dan ketelusan di kalangan semua peserta pasaran modal dan dalam semua aspek perniagaan, ekonomi dan kerajaan. Ia juga akan menyediakan forum untuk perbincangan isu-isu perniagaan yang penting, katanya.

Selepas tempoh percubaan, lamanweb ini hanya boleh diakses melalui langganan.

NONE "Sepertimana Malaysiakini, mengenakan yuran langganan memastikan

portal ini tidak bergantung sepenuhnya pada pengiklan. Apabila pembaca membayar, mereka menjadi pelanggan yang paling penting," kata Premesh Chandran (kiri), yang merupakan ketua pegawai eksekutif (CEO) Kinibiz. Beliau juga adalah CEO Malaysiakini.

KiniBiz.com dimiliki oleh Sdn Bhd KiniBiz, dengan Malaysiakini dan Gunasegaram menjadi pemilik dan pemegang saham.

Ia beroperasi di pejabat Malaysiakini di Bangsar Utama, Kuala Lumpur, tetapi dengan pasukan editorialnya sendiri.

Operasinya, termasuk pengiklanan dan jualan langganan, pembangunan teknologi dan pemasaran, akan dikendalikan dengan kerjasama pasukan Malaysiakini .

TONTON MALAYSIAKINI.TV

ADS