Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Ketua pengarang Harakahdaily Zulkifli Sulong berpendapat, Pakatan Rakyat berpeluang cerah untuk menang dalam pilihan raya umum akan datang sekiranya gabungan parti itu dapat meyakinkan rakyat bahawa mereka mampu bekerjasama.

NONE Katanya, Pakatan perlu menumpukan soal tersebut memandangkan mereka tidak perlu lagi berdepan dengan isu persempadanan semula pilihan raya yang menjadi "senjata magis" BN sebelum ini.

Beliau menjelaskan, persempadanan semula merupakan salah satu faktor kejayaan BN, seperti mana yang menyumbang kepada kejatuhan PAS di Terengganu pada 2004, dan kemenangan tipis parti itu di Kelantan pada tahun sama.

"Tanpa senjata magis ini, saya yakin Pakatan Rakyat mempunyai peluang cerah, tetapi dengan syarat pemimpin PAS, PKR dan DAP dapat meyakinkan rakyat mereka boleh bekerjasama.

"Ini satu-satunya syarat yang diberikan rakyat kepada saya, iaitu kerjasama. Mereka tidak mahu memperjudikan nasib mereka, kepada pemimpin yang bercakaran antara satu sama lain," katanya.

NONE Menurutnya lagi BN kini perlu "berlawan dengan apa yang ada" kerana tidak mampu melakukan persempadanan semula, ekoran kegagalan mendapatkan majoriti dua pertiga pada Mac 2008.

"Kemenangan besar boleh berlaku, dalam pilihan raya umum, tetapi setakat mana ia bergantung kepada apakah kesalahan yang dibuat pada masa kecederaan (saat akhir menjelang pilihan raya)," katanya.

Beliau berkata demikian dalam forum bertajuk "Harapan BN dan PR dalam PRU ke-13" anjuran Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) di kampus berkenaan hari ini.

ADS