Ketua Pengarang Malaysiakini Fathi Aris Omar berkata anggota redaksi portal berita itu bimbang sekiranya dilihat tidak relevan jika suasana kebebasan demokrasi terbentuk di Malaysia selepas pilihan raya umum akan datang.
Oleh yang demikian, portal berita itu perlu mengorak lebih jauh melangkaui sempadan siber demi menyampaikan laporan dengan adil dalam konteks kebebasan media di negara ini, katanya.
"Bila kebebasan demokrasi (berlaku),
Malaysiakini
menjadi tidak relevan, ini yang menjadi ketakutan yang sedang difikirkan secara serius oleh pasukan
Malaysiakini
. Tetapi sudah pasti kami mengalu-alukan pandangan yang demokrasi.
"Jadi, kita (Malaysiakini) tidak boleh bermain di ruang siber lagi, tetapi (bagi) kebebasan demokrasi dalam konteks kebebasan media, (kami) perlu melangkah jauh lebih dari portal berita," katanya.
Katanya, beliau merupakan antara individu yang tidak gembira sekiranya perubahan rejim berlaku dan Pakatan Rakyat mengambil alih.
"Lebih baik kita hidup demokrasi yang separuh tertutup. Orang dalam Malaysiakini atau Sinar Harian , tak mahulah ada cabaran. Ada banyak portal berita, ada berita TV, berita radio, dan surat khabar yang macam Sinar (yang melaporkan secara adil).
"Bayangkanlah,
Sinar
rasa tergugat atau tidak, kalau ada
Berita Harian
atau
Utusan
(melaporkan) macam
Sinar
. Wah, susah macam tu jika
Harian Metro
pun macam
Sinar
. Jadi tidak ada pelbagai.
"Bayangkanlah TV3 lapor langsung Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka, habis Malaysiakini ," katanya.
Katanya, TV3 akan mendahului dalam laporan langsung tersebut kerana wartawan Malaysiakini perlu mengambil masa lebih lama untuk menaip laporan tersebut terlebih dahulu.
Beliau berkata demikian sewaktu menjawab soalan hadirin berkaitan lanskap dan kesan politik kepada media selepas pilihan raya umum ke-13.
Beliau berkata demikian dalam forum Harapan BN dan PR dalam PRU ke-13 yang dianjurkan oleh Pusat kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaysa di kampus itu pagi ini.
