Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Iktiraf UEC sekarang, bukan semasa kempen p'raya'

Pakatan Rakyat menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya mengiktiraf segera Sijil Peperiksaan Bersatu (UEC) dan tidak menggunakannya sebagai satu taktik membeli undi semasa kempen pilihan raya umum.

azlan Naib presiden PKR, Tian Chua berkata, kerajaan perlu menunjukkan keberanian dengan menerima peperiksaan sekolah tinggi Cina sebagai kelayakan masuk ke universiti awam dan perkhidmatan awam.

Katanya, perdana menteri harus mengumumkan pengiktirafan itu sebelum pilihan raya umum.

"Tidak perlu menunggu Pakatan melaksanakan selepas (kita) menang pilihan raya. Kredit akan dapat pada perdana menteri jika diumumkan sekarang," katanya dalam sidang akhbar di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

Ketua Biro Pendidikan DAP, Liew Chin Tong yang turut bersetuju dengan pandangan Tian itu, berkata perdana menteri tidak perlu menjadikan pengiktirafan UEC sebagai "gula-gula pilihan raya".

"Kita perlu memikirkan semula pendidikan bahasa ibunda. Kita boleh belajar bahasa yang berbeza tetapi kita juga boleh menguasai Bahasa Malaysia," tambah ahli Parlimen BUkit Bendera itu.

Walaupun masyarakat Cina meletakkan harapan yang tinggi, katanya, tetapi Najib tidak membuat sebarang pengumuman mengenai UEC semasa beliau menghadiri majlis hari terbuka Tahun Baru Cina anjuran Dong Zong Ahad lepas.

Dong Zong dan lain-lain kumpulan Cina sudah bertahun-tahun berkempen untuk mendapatkan pengiktirafan kerajaan bagi UEC, pemeriksaan swasta yang diduduki oleh pelajar di semua 60 sekolah tinggi persndirian Cina di seluruh negara.

[Baca berita penuh]

ADS