Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
KWSP: Perjanjian MRCB-Gapurna beri faedah jangka panjang

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yakin perkongsian antara Malaysian Resources Corp Bhd (MRCB) dan Nusa Gapurna Development Sdn Bhd akan mempunyai faedah jangka panjang.

    

Dalam satu kenyataan hari ini, kumpulan itu berkata perjanjian MRCB-Gapurna akan menjadi gabungan yang hebat dengan kepakaran MRCB dalam penjanaan semula bandar dan usaha keusahawanan Nusa Gapurna.

"Model berkenaan serupa dengan SP Setia atau Mah Sing, di mana usahawan menguasai pegangan yang ketara dan bekerja bagi pihak institusi dan pemegang saham minoriti.

    

"Bagi KWSP, ia mendapat faedah dengan mempunyai rakan usahawan strategik untuk memacu perniagaan pembinaan dan hartanah MRCB," katanya.

    

Ia berkata gabungan itu bagi KWSP ialah neutral dari segi ekonomi memandangkan ia mempunyai 40 peratus pegangan dalam kedua-dua perniagaan dan akan terus mempunyai pegangan yang sama dalam entiti gabungan di masa depan.

    

"Kami akan menjauhi daripada mesyuarat agung luar biasa dan menyerahkannya kepada pemegang saham yang lain untuk membuat keputusan mengenai perjanjian itu," katanya.

    

KWSP menguasai 40 peratus pegangan dalam Nusa Gapurna, melalui pelaburan bersama dalam hartanah yang dilaksanakan pada 2011.

    

Dengan menyuntik aset ke dalam MRCB, KWSP akan terus menguasai kira-kira 40 peratus pegangan ekonomi dalam aset yang sama tetapi dengan kelebihan mempunyai saham cair berbanding pelaburan tidak cair dalam saham syarikat persendirian.

- Bernama

ADS