Ada 'sultan' Sulu tak setuju ceroboh Sabah

VIDEO l 4:09 secs 

Pendaratan kumpulan bersenjata dari kepulauan Sulu untuk menuntut Sabah yang didakwa dipajak kepada Malaysia menemui episod baru apabila seorang lagi 'sultan' tidak setuju dengan tindakan itu.

"Banyak pihak mendakwa mereka pewaris kesultanan itu tetapi saya adalah pewaris yang sah," kata Ampun Muedzul-Lail Tan Kiram kepada Malaysiakini menerusi telefon.

Kumpulan kira-kira 100 orang di Kampung Tanduo, Lahad Datu sebelum ini mendakwa memperolehi mandat daripada Sultan Jamalul Kiram III dan ekspedisi mereka diketuai seorang tengku mahkota dengan nama Rajah Mudah Agbimuddin Kiram.

Ampun Muedzul bagaimana pun menyifatkan pendaratan kumpulan itu di Kampung Tanduo, Lahad Datu sebagai tindakan tidak bijak.

"Beliau menentang tindakan pergi ke negara lain dengan senjata dan itu bukan satu tindakan yang bijak," kata jurucakap kepada Ampun Muedzul, Andres Linholm kepada Malaysiakini.

Pakar sejarah Dr Farish Noor pula berpendapat faktor perpecahan keturunan Sultan Sulu selepas kejatuhan kesultanan Sulu dan waktu tuntutan mula dibuat ke atas Sabah merumitkan persoalan pewaris sah kesultanan itu.

"Masalahnya dengan jurang masa yang begitu lama - di antara masa kejatuhan kesultanan Sulu pada 1862 dan situasi yang kita hadapi pada tahun 60-an - keluarga diraja Sulu kini sudah berselerak dan berpecah-pecah.

"Itu menjelaskan sebab begitu ramai orang mendakwa mereka adalah Sultan Sulu," katanya.

(Tonton berita penuh di KiniTV)

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.