Peserta Chingay di Johor dilarang pakai baju-T BERSIH, anti-Lynas

Perarakan tahunan Chingay di Johor -  yang telah diisytiharkan sebagai warisan budaya negara tahun lalu - telah mencetuskan perdebatan hangat kerana pesertanya dilarang memakai baju-T BERSIH dan anti-Lynas dalam perarakan tahun ini.

NONEChingay, yang lebih dikenali sebagai Perarakan Dewa, adalah anjuran
Kuil Kuno Johor setiap tahun, dan tahun ini pada 27 Februari.

Pengerusi jawatankuasa kuil tersebut, Lim Kang Yong, dalam satu sidang akhbar semalam, mengisytiharkan larangan tersebut, dan mengundang kritikan meluas warga siber serta mencetuskan perdebatan panas terutamanya di kalangan masyarakat Cina Johor.

Ketika dihubungi hari ini, Lim mempertahankan larangan tersebut dengan berkata jawatankuasa itu tidak mahu sesiapa pun mensabotajnya atau mengiklankan tuntutan mereka semasa perarakan perayaan itu.

"Jika sesiapa didapati memakai baju selain baju pasukan Chingay, kami akan meminta mereka beredar. Jika mereka enggan, kita akan mendapatkan bantuan polis," katanya.

Beliau berkata walaupun garispanduan berpakaian itu hanya untuk pasukan perarakan, tetapi pihak penganjur berharap orang ramai yang ingin menghadiri acara itu, juga boleh mengikuti nasihat tersebut.

"Tahun lepas, kami juga menerima maklumat bahawa sekumpulan peserta mahu memakai baju seperti itu, tetapi kami berjaya memujuk mereka supaya tidak berbuat demikian melalui satu saluran khas.

"Ini adalah hanya satu perarakan dewa-dewa, kita harus mengelak sebarang unsur politik," katanya.

Sambil melabelkan pengkritik di internet itu sebagai 'cybertroopers Pakatan', Lim berkata beliau tidak kisah dengan komen-komen negatif.

"Kita tidak mahu sesiapa pun mensabotaj perarakan kami atau datang ke sini untuk buat iklan," katanya.

[Baca berita penuh]
 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.