Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Lelaki maut dilanggar keretapi barang
Diterbitkan:  Feb 23, 2013 9:02 AM
Dikemaskini: 1:03 AM

Seorang lelaki, dipercayai warga asing, ditemui mati dilanggar kereta api barang di atas landasan berkembar yang sedang dibina berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Bukit Mertajam malam tadi.

    

Jurucakap polis berkata mangsa yang tidak mempunyai pengenalan diri itu ditemui pekerja pembinaan landasan berkenaan ketika lalu di kawasan tersebut pada 8.30 malam.

    

"Mayat mangsa yang hanya memakai seluar pendek ditemui dalam keadaan tertiarap dengan kepala telah putus dipercayai dilanggar kereta api yang melalui landasan berkenaan," katanya kepada pemberita di Bukit Mertajam.

    

Beliau berkata siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti kejadian sebenar.

    

Katanya, mayat mangsa yang bertatu di betis kanan dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk bedah siasat.

    

Jurucakap polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu, atau kehilangan anggota keluarga, agar menghubungi mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

    

- Bernama

ADS