Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Anggota polis jalani latihan untuk persiapan p'raya

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengadakan latihan amal ex ballot III secara serentak di seluruh negara pada 24 dan 25 Feb sebagai persiapan pilihan raya umum ke-13.

Menurut laman sosial Facebook PDRM, latihan itu bagaimanapun tidak melibatkan Sabah yang kini lebih memfokuskan isu pencerobohan rakyat asing di Lahad Datu.

"Tumpuan latihan amal ini akan diberikan di Perak dengan menggunakan 'live exercise' di medan dan ia melibatkan kesemua daerah.

"Daerah-daerah kontinjen Perak yang akan diberi keutamaan dalam latihan amal ini ialah Ipoh, Manjong, Taiping dan Kerian," kata laman Facebook itu.

Laman Facebook itu juga menyebut bagi negeri lain, latihan amal hanya akan tertumpu di Ibu Pejabat Polis Kontinjen dengan melibatkan pergerakan minimum sahaja.

Tujuan latihan amal ini adalah memberi pendedahan kepada petugas di Pusat Kawalan Polis Kontinjen dan Pusat Kawalan Daerah dalam aspek pengurusan dan menghadapi pilihan raya umum akan datang dengan cara lebih teratur dan profesional.

Sehubungan itu, orang ramai diminta tidak cemas dengan kehadiran anggota polis di kawasan awam terutama di Perak pada esok dan Isnin.

- Bernama

ADS