Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mohd Zin: Najib ketuai jentera p'raya BN S'gor
Diterbitkan:  Feb 24, 2013 3:22 PM
Dikemaskini: 11:18 PM

Koordinator BN Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata perdana menteri Datuk Seri Najib Razak akan mengetuai jentera pilihan raya negeri dalam usaha parti tersebut untuk merampas semula negeri bawah pimpinan Pakatan Rakyat itu.

Mohd Zin berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat BN Selangor di ibu negara pada malam tadi, menurut laporan Utusan Online hari ini.

"Perdana Menteri yang merupakan Pengerusi BN negeri akan mengetuai jentera pilihan raya umum di Selangor dan ini menunjukkan satu kesinambungan kepada parti bagi menunjukkan keyakinan dan perhatian khusus secara 'hands on' oleh beliau sendiri kepada negeri Selangor.

"Saya pula akan membantu beliau sebagai timbalan pengarah untuk membantu dari segi perancangan dan gerak kerja terutama untuk memperkukuhkan jentera BN pada satu tahap lebih optimum untuk menjamin kemenangan mutlak parti," katanya seperti dipetik laman milik Umno itu.

Satu lagi laporan laman tersebut hari ini menyebut, jawatankuasa tertinggi BN negeri dalam mesyuarat tersebut yang dipengerusikan Najib itu menyokong sebulat suara pelantikan perdana menteri sebagai pengarah pilihan raya negeri.

"BN Selangor optimis bahawa peluang amat cerah untuk kembali memerintah Selangor selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti," katanya seperti dipetik.

ADS