Anwar: Pakatan akan semak perjanjian 'menipu'

Abdul Rahim Sabri        

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Pakatan Rakyat akan menyemak semula perjanjian yang melibatkan "penipuan dan tidak adil" sekiranya gabungan parti itu berjaya membentuk kerajaan dalam pilihan raya umum akan datang.

NONE "Kita tidak menyentuh perjanjian sebelum ini melainkan terbukti penipuan dan jelas tidak adil,"  katanyna sewaktu menyampai ucapan di pelancaran manifesto Pakatan Rakyat di Shah Alam hari ini.

Bagaimanapun, Pakatan akan tetap menghentikan projek nadir bumi Lynas – yang giat ditentang gabungan parti itu – atas alasan keselamatan, katanya.

Pakatan juga akan menyemak semula perjanjian para penanam padi dengan syarikat Padiberas Nasional Berhad, katanya lagi untuk memastikan golongan penanam padi mendapat manfaat daripada perjanjian berkenaan.

NONE Pakatan juga akan berusaha untuk mendapatkan semula hasil negara yang didakwa "dicuri" melalui projek kontroversi seperti Pusat Fidlot Nasional (NFC) dan juga amalan pemberian permit teksi.

"Kita nak selamatkan semua bukan untuk berdendam, bukan silih ganti masuk penjara... Bukan untuk membalas dendam. (Tetapi) yang kita nak buat adalah untuk mengambil wang yang telah dicuri.

"Sebagai contoh, permit teksi diberikan kepada pemandu teksi, wang NFC RM250 juta yang diambil dikembalikan kepada penternak. Kita mengambilnya tanpa melupakan proses perundangan," katanya.

Malaysiakini
terkini untuk anda

Sign In