Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Pakatan Rakyat (PR), walaupun bersatu hati melancarkan manifesto pilihan raya umumnya semalam masih gagal mencapai kata putus dalam menentukan calon Perdana Menteri (PM) mereka jika berjaya menguasai Putrajaya.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, antara yang disebut-sebut sebagai calon PM PR, apabila ditanya berhubung perkata itu, hanya berkata isu tersebut tidak berbangkit dan soal siapa menjadi PM bukan menjadi masalah.

Malah beliau bertanya balik kepada wartawan yang mengemukakan soalan: "Anda ada cadangan lain?"

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat itu, yang ditemui selepas pelancaran Manifesto Pakatan Rakyat untuk Pilihan Raya Umum ke-13 di sini berkata majlis hari ini hanya untuk manifesto sahaja, dan bukan untuk mengumumkan calon PR bagi jawatan PM.

Sementara itu, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu apabila ditanya sama ada Presiden partinya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dicalon ke jawatan tersebut, berkata isu berkenaan dibincang dari semasa ke semasa sehingga pilihan raya, dan yang penting bagi mereka ialah mengambil alih Putrajaya.

"Bagi saya, siapa sahaja yang dapat sokongan umum boleh menjadi Perdana Menteri, termasuk saya. Kenapa tak tanya saya boleh ke tidak. Saya minat jadi Perdana Menteri," katanya berseloroh.

Sementara itu, mengulas isu pertindihan kerusi yang bakal ditandingi ketiga-tiga parti, DAP-PAS-PKR, Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali berkata isu tersebut kecil sahaja dan dijangka dapat diselesaikan dalam tempoh satu atau dua hari lagi oleh pucuk pimpinan PR.

-Bernama

ADS